Showing posts with label myeongdong. Show all posts
Showing posts with label myeongdong. Show all posts

Tuesday, 17 March 2015

SEOUL BACKPACKING : DAY 4 - Lotte World Adventure > Myeongdong > Banpo Hangang Park (Rainbow Fountain)

Assalamualaikum..

11/9/2014
Continue day 4 of #DWseoulbackpacking..
Untuk hari ni tak banyak tempat pon kteorang pergi, just menghabiskan sisa2 masa yang tinggal before leaving Seoul..hhuhuhuu ~T_T~

Pagi tu, kiteorang kuar awal2 pagi lagi untuk ke Lotte World Adventure. Awal sangat, sampai2, tak bukak pon lagi. Tapi, yang bestnya, dapat la tengok opening show pagi tu. Ada la 2 maskot yang cute tu duk nari2 dengan other few dancers. Comel2 je diorang ni..hehe..
So nak ke sini, dari Itaewon station, amik subway Line 6 towards Sindang station, then tukar subway Line 2 ke Jamsil station. Jamsil station actually dah pon connect dengan Lotte Department Store, Lotte World ada kat dalam mall tu. Ticket price aritu tak ingat dah berapa, tapi dapat discount gune coupons from KTO. So, korang rajin2 la cek website KTO, diorang banyak offer pakej and discount, especially for students. Siap dapat free lagi. Boleh tengok sini apa yang DH dapat aritu.
Overall, memang best and puas hati la pegi sana, kalau korang jenis suka naik2 ride memang korang akan enjoy. Same like me, i'm a happy girl ;-D
So, tips nya datang la pagi2, sebab korang takyah nak beratur lama2 nak naik satu2 ride tu. Rugi la kalau terpaksa spend more time on queuing, banyak rides yang best2 tau, and korang wajib try tiap satu..hehehe.
And, one thing, skip je la rumah hantu yang kat Lotte World, sebab haunted house kat sana tak best, it just watching a cartoon movie yang konon2 scary, but actually not scary at all. Ingat kan takut sangat sebab penjaga tu siap tanya berani ke nak masuk. Masuk2 tertido cek dan teman dek kerana penat naik rides yang jauh lebih scary tu.


Wefie dulu sambil tunggu gate bukak pukul 9am.
Ni la 2 maskot yang comel tu.. :)

Kiteorang orang pertama yang naik hot air balloon ni.. ;D
Kami berempat je yang nonton 3D theatre pagi tu, and we are
the first one.. ;D
Hehe..masa awal2 masuk je snap2 gambar, lepas tu semua dah excited and games pon extreme too, so takde amik2 gambar dah..hehe
Pukul 3 petang kiteorang keluar, so dalam 6 hours je kiteorang kat dalam tu. Rasanye cam tak lama dah kut, sebab kiteorang cover almost all the games indoor and outdoor. 

Perut dah lapar, ingat nak makan kat Lotteria je, tapi sebab masing2 tekak tak rasa nak makan burger. Kiteorang pon gerak Myeongdong cari kedai makan. So, sampai2 terus cari restoran Yoogane (detail restoran ni, nanti DH sembang kat post lain eh), and kiteorang order seafood fried rice kat sini, ok la, sedap je. Price around 20000 won kut untuk 4 orang makan, kalau tak silap la, DH pon ingat2 lupe.. ;P. So, bila dah sampai Myeongdong tu, masing2 sempat lagi la shopping sikit. heheh..

Then, petang tu kiteorang terus ke Banpo Hangang Park nak tengok Banpo bridge rainbow fountain. Sampai2 sana, terus solat kat situ je, then just lepak2 sampai la malam. 
Nak g sini, amik subway Line 4, turun dekat Express Bus Terminal Station and exit paling dekat is Exit 8-1. Actually, jauh jugak sebenarnya and penat jugakla nak smpai ke park tu..huhu


Naik beskal dulu sambil tunggu rainbow fountain show.
Ni la dia rainbow Fountain show tu. Sekejap je dalam 10 minit
cam tu, before start diorang announced dulu, so takde la terlepas nanti.
Ha, kan ritu ada cakap tempat murah shopping beside Myeongdong and Namdaemun.
Dekat subway station ni la, kiteorang tak tahu mula nya, so time otw balik tu survey memang kat Express Bus Terminal station ni lagi murah. DH dah beli before this, so tak beli dah. Member ada beli, beg2 yang 10000 won kat Myeongdong, kat sini boleh dapat dalam 5000 won je!! Tapi, masa dah lewat, so kiteorang rushing sebab takut terlepas tren, jadi tak banyak pon dapat survey. So, next time datang Seoul boleh la masukkan tempat ni in one of your shopping venue ye. ;)

So, dah habis la cite #DWseoulbackpacking ni. Seronok dapat share and ingat balik time pegi Seoul dulu. Harap2 next time, dapat ke sana lagi. InsyaAllah. 
Anything nak share or nak tanye apa2 boleh email DH, kalau nak itinerary DH pon boleh. Just email me, nanti DH email document tu. InsyaAllah, it will be very helpful. Yang boleh tolong, kite tolong.
Sampai ketemu di kemudian hari, InsyaAllah, nanti akan update on #DWjejuadventure plak. And also pasal restaurants yang kiteorang pegi kat Korea ni. InsyaAllah.. :-)

SALAM,
#diniewanderlust






Friday, 13 February 2015

SEOUL BACKPACKING : DAY 3 - Nami Island > Namdaemun market > Myeongdong

Assalamualaikum..

10/9/2014
Proceed for day 3 of Seoul backpacking!!

Arini, awal2 lagi dah keluar, sebab kononnya nak amik tren paling awal la ke Nami Island. Tapi sampai2 tren station, tiket dah sold out, even untuk standing room tickets pon takda dah. So terpaksa la tunggu next train dalam pukul 11 camtu, tapi still tren yang ni pon seats dah penuh, so terpaksa la berdiri lebih kurang sejam lebih jugak untuk sampai ke Gapyeong station. So, nak ke sana, kalau dari Itaewon station, amik subway Line 6 ke Sindang station. At Sindang station, transfer subway Line 2 ke Wangsimni station. Sampai Wangsimni, beli tiket tren JUNGANG Line ke Mangu station (amik tren heading towards Cheong-nyangni station). Then, transfer tren KYEONGCHUN Line towards Gapyeong station (naik tren towards Galmae station). Actually kalau tengok map banyak route korang boleh amik untuk sampai Gapyeong, so depend on u urself la nak amik route mana2, better pilih the shortest distance supaya tak banyak bazir masa. And otw to, enjoy urself inside the train tu..hehe.. Total tren expense around 55oo won include return ticket untuk Jungang line. Once sampai Gapyeong station, amik teksi ke Nami dalam 3000 won. Then, smpaila Nami Island!!. :D
Visa ticket untuk ke Nami Island is 8000 won, this one untuk yang nak naik ferry. Boleh jugak naik flying fox, cool skit, tapi price mahal sikit la and beratur panjang gila. Kalau kejar masa, naik la ferry. hehe..


Ferry ke Nami Island, diri kat luar sebab kat dalam dah penuh..huhu..
Halal restaurant dekat Nami. 
Ni restoran halal tu. Kiteorang makan beef bibimbap kat sini. Sedap, ok la,
price rasenyer around 9000 won sorang. 
Ni tempat solat and restaurant tu. Ada few halal restaurants kat sini.
Kat dalam tu ada mini library, surau kat tingkat atas.
Geng makciks di Nami Island. 
Daun2 pokok baru nak tukar colour. Best kalau datang lambat sikit je.

So, lepas dah habis cover sume checkpoint2 kat Nami, kiteorang gerak, teeeheee..next shopping!
Dekat Wangsimni station, kiteorang amik subway Line 5 ke Dongdaemun History & Culture Park station, then transfer subway Line 4 to Hoehyeon station, which is nak ke Namdaemun market. So, jalan2 shoping kat Namdaemun sampaila ke Myeongdong fashion street. Basically memang shopping je, dari t-shirts, bags, brooch, then cosmetic products, cd kpop and of course la try street foods..hehe..but make sure cari yang boleh makan je la, banyak jugak actually korean foods yang korang boleh makan.
Then, DH pegi lepak kat Cat Cafe dengan sorang member, while other two tu sambung shopping. Nak masuk situ bayar 8000 won + air sekali. Im not a coffee addict and jarang2 sangat minum coffee, apatah lagi nama2 coffee ni sume, skali order Americano (sebab selalu cite korea order ni!). Mak aihh! pahit gler. Tak tahu kenapa femus sangat kat Korea ni. Last2 kebas air member (Caramel Macchiato, another femus coffee in korean drama! tapi yang ni sedap) hehe.. Sebenarnya, banyak jugak amik gambar kat Cat cafe ni, tapi terdelete! Tinggal 1 gambar selfie ngan kucing je..huhu.
Kat situ, kucing dia pakai collar colour lain2, tu untuk label kucing tu baik or garang. I layan yang baik2 je..huhu


Kucing ni taknak lari duk hidu2 seaweed kteorang. Last2, tertido kat
sebelah DH. 
Kaunter dia memang kucing ni jaga kut. Masa DH pergi pon ada, tapi garang!
Pic is not mine.

Dari petang sampai malam, memang duduk Namdaemun ngan Myeongdong je. Then, balik malam tu takleh tido, gara2 kopi tadi..huhu..
Next day is our last day in Seoul. =(

SALAM,
#diniewanderlust