Tuesday 17 March 2015

SEOUL BACKPACKING : DAY 4 - Lotte World Adventure > Myeongdong > Banpo Hangang Park (Rainbow Fountain)

Assalamualaikum..

11/9/2014
Continue day 4 of #DWseoulbackpacking..
Untuk hari ni tak banyak tempat pon kteorang pergi, just menghabiskan sisa2 masa yang tinggal before leaving Seoul..hhuhuhuu ~T_T~

Pagi tu, kiteorang kuar awal2 pagi lagi untuk ke Lotte World Adventure. Awal sangat, sampai2, tak bukak pon lagi. Tapi, yang bestnya, dapat la tengok opening show pagi tu. Ada la 2 maskot yang cute tu duk nari2 dengan other few dancers. Comel2 je diorang ni..hehe..
So nak ke sini, dari Itaewon station, amik subway Line 6 towards Sindang station, then tukar subway Line 2 ke Jamsil station. Jamsil station actually dah pon connect dengan Lotte Department Store, Lotte World ada kat dalam mall tu. Ticket price aritu tak ingat dah berapa, tapi dapat discount gune coupons from KTO. So, korang rajin2 la cek website KTO, diorang banyak offer pakej and discount, especially for students. Siap dapat free lagi. Boleh tengok sini apa yang DH dapat aritu.
Overall, memang best and puas hati la pegi sana, kalau korang jenis suka naik2 ride memang korang akan enjoy. Same like me, i'm a happy girl ;-D
So, tips nya datang la pagi2, sebab korang takyah nak beratur lama2 nak naik satu2 ride tu. Rugi la kalau terpaksa spend more time on queuing, banyak rides yang best2 tau, and korang wajib try tiap satu..hehehe.
And, one thing, skip je la rumah hantu yang kat Lotte World, sebab haunted house kat sana tak best, it just watching a cartoon movie yang konon2 scary, but actually not scary at all. Ingat kan takut sangat sebab penjaga tu siap tanya berani ke nak masuk. Masuk2 tertido cek dan teman dek kerana penat naik rides yang jauh lebih scary tu.


Wefie dulu sambil tunggu gate bukak pukul 9am.
Ni la 2 maskot yang comel tu.. :)

Kiteorang orang pertama yang naik hot air balloon ni.. ;D
Kami berempat je yang nonton 3D theatre pagi tu, and we are
the first one.. ;D
Hehe..masa awal2 masuk je snap2 gambar, lepas tu semua dah excited and games pon extreme too, so takde amik2 gambar dah..hehe
Pukul 3 petang kiteorang keluar, so dalam 6 hours je kiteorang kat dalam tu. Rasanye cam tak lama dah kut, sebab kiteorang cover almost all the games indoor and outdoor. 

Perut dah lapar, ingat nak makan kat Lotteria je, tapi sebab masing2 tekak tak rasa nak makan burger. Kiteorang pon gerak Myeongdong cari kedai makan. So, sampai2 terus cari restoran Yoogane (detail restoran ni, nanti DH sembang kat post lain eh), and kiteorang order seafood fried rice kat sini, ok la, sedap je. Price around 20000 won kut untuk 4 orang makan, kalau tak silap la, DH pon ingat2 lupe.. ;P. So, bila dah sampai Myeongdong tu, masing2 sempat lagi la shopping sikit. heheh..

Then, petang tu kiteorang terus ke Banpo Hangang Park nak tengok Banpo bridge rainbow fountain. Sampai2 sana, terus solat kat situ je, then just lepak2 sampai la malam. 
Nak g sini, amik subway Line 4, turun dekat Express Bus Terminal Station and exit paling dekat is Exit 8-1. Actually, jauh jugak sebenarnya and penat jugakla nak smpai ke park tu..huhu


Naik beskal dulu sambil tunggu rainbow fountain show.
Ni la dia rainbow Fountain show tu. Sekejap je dalam 10 minit
cam tu, before start diorang announced dulu, so takde la terlepas nanti.
Ha, kan ritu ada cakap tempat murah shopping beside Myeongdong and Namdaemun.
Dekat subway station ni la, kiteorang tak tahu mula nya, so time otw balik tu survey memang kat Express Bus Terminal station ni lagi murah. DH dah beli before this, so tak beli dah. Member ada beli, beg2 yang 10000 won kat Myeongdong, kat sini boleh dapat dalam 5000 won je!! Tapi, masa dah lewat, so kiteorang rushing sebab takut terlepas tren, jadi tak banyak pon dapat survey. So, next time datang Seoul boleh la masukkan tempat ni in one of your shopping venue ye. ;)

So, dah habis la cite #DWseoulbackpacking ni. Seronok dapat share and ingat balik time pegi Seoul dulu. Harap2 next time, dapat ke sana lagi. InsyaAllah. 
Anything nak share or nak tanye apa2 boleh email DH, kalau nak itinerary DH pon boleh. Just email me, nanti DH email document tu. InsyaAllah, it will be very helpful. Yang boleh tolong, kite tolong.
Sampai ketemu di kemudian hari, InsyaAllah, nanti akan update on #DWjejuadventure plak. And also pasal restaurants yang kiteorang pegi kat Korea ni. InsyaAllah.. :-)

SALAM,
#diniewanderlust






No comments:

Post a Comment