Thursday 2 July 2015

CAMBODIA :PHNOM PENH DAY 1 (part 1)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..sampai jugak Phnom Penh, walaupon ada event cemas pagi tu, dek hampir2 nak terlepas flight. Datang punyer la awal dari orang lain, alih2 kiteorang yang paling lambat. Gate dah tutup pon mak oi, sumpah nervous time tu and dah hampir2 nak reda maybe takde rezeki nak sampai Cambodia time ni. Tapi Alhamdullillah, staff airasia baik hati bagi jgak kiteorang masuk..Wuiishh..

Kul 7am gerak, sampai around 9am camtu.
Sampai2 je, driver bas dah tunggu kiteorang kat airport. Ada yang settle kan beli simkad pe sume. Tapi DH x beli pon, since gerak ramai2 camni, so kalau sorang dua dah ada sim cukupla, just in case for emergency. Nak internet kat hotel ada..hehe

Sesampai je, kiteorang gi breakfast dulu kat restoran WAU. Nak ke sini memang DH xtahu macam mana sebab semua driver yang uruskan, Abg Zul namanya, orang muslim kat Cambodia, so senang la nak deal apa2, makanan ke apa ke.. Ni no Abg Zul klu ada yang nak ke Phnom Penh nanti boleh la try contact dia. Abg Zul ni kira abang long untuk driver tuk-tuk muslim kat sana..hehe.. Abg Zul Tuk-tuk : 070-776-923. Bak kata abg Zul, better amik tuk-tuk orang Islam kat sana, boleh dipercayai sikit la.

Dah sudah makan, kiteorang pegi Tuol Sleng museum kejap sambil tunggu untuk masuk waktu solat Jumaat. Museum ni actually tempat scholar and menteri2 Cambodia yang kene seksa zaman Pol Pot. Pol Pot ni kejam gila, almost 3 million cambodian people are killed masa zaman dia memeritah ni. Memang sedih and quite scary baca kisah2 ni kat museum tu. Details pasal Pol Pot ni boleh la google ye :p

Ni abg Zul, driver aka tour guide jugak. Dia yang banyak
cerita pasal sejarah Pol Pot ni.

Bangunan tempat mangsa2 di seksa.

Kat bawah tu ada kubur, maybe menteri2 yang mati diseksa.


Ni salah satu cara tentera Pol Pot seksa orang Cambodia.
Dia akan gantung upside down dan selamkan kepala
dalam tembikar ada air.. Ya Allah.kejamnye.

Mangsa2 yang kene seksa dan dibunuh.


Salah satu penjara.

Penjara dari kayu. 



Kes ni actually baru je lagi selesai, dan rakyat Cambodia ni bebas bila tentera Vietnam masuk dan selamatkan diorang semua ni. Ada jugak yang lari ke Thailand time tu. :(

Lepas dah habis round2 museum tu, kite ke nearby masjid untuk solat Jumaat. Khutbah ada bahasa Melayu jugak tau..:)


Then, pastu terus gerak hotel and lunch kat sana, abg Zul dah siap2 bungkus makanan untuk kiteorang. DH stay kat Phnom Penh RiverView Hotel. Ye, memang kene dengan nama, hotel tu betol2 mengadap sungai Mekong. 

Bangunan warna putih tu hotel yg DH stay, bas depan tu
yang kiteorang naik sepanjang kat sana.
Ni lunch DH, sedap and banyak portion nye. Nasi goreng
daging kut..tumpang makan kat restoran tadi before check in.

Dah check in hotel, rehat sat. Petang ni  nak pi dekat hospital site plak. :)


SALAM,
#diniewanderlust


No comments:

Post a Comment