Thursday 19 May 2016

DW-China : DAY 3 (Sun Yat Sen Memorial Hall - Saad Abi Waqqas Mosque - Yuexiu Park - Beijing Lu)

Assalamualaikum..

Hari ni hari ke3 dekat Guangzhou. Semalam memang exhausted habis..huhu..naik ride punyer pasal. So hari ni keluar lewat sikit.

First place for today is Sun Yat Sen Memorial Hall.
Direction : Subway Line 2, stop at Sun Yat Sen Memorial Hall Station, Exit D. Keluar je, korang pegi ke arah sebelah kiri, straight je. Jalan kaki dekat sangat je.
Fee : 10 yuan (museum), park free je.

Kalau jumpe guard ni kat pintu depan. Ye, anda di tempat yang betol.


DH cuba amik feel nak buat taichi macam aunty baju merah tu.
Sebetolnye, DH taktau ni monumen apa..hik2
Ini la Tuan Sun Yat Sen. Make sure tau history pasal
dia before datang sini tau, baru la feel. DH ada tour guide
tak berbayar hari ni, amik port cite part Sun Yat Sen ni je..hehe
Ini hall dia, dalam tu ada exhibition barang2 tinggalan
and cerita pasal Tuan Sun Yat Sen ni.

Dah habis pusing2 area situ. Lama gak kiteorang duk situ, tak tahu buat apa..hehe..
Next kite pegi Saad Abi Waqqas Mosque plak.
Direction : Subway Line 2 to Yuexiu Park Station, Exit B2. Keluar exit, jalan je terus sampai simpang sebelah kiri, then terus lagi jalan.

DH datang sini aritu hari jumaat, memang dah plan dari awal sebab hari jumaat akan ada pasar jual makanan halal kat luar tu sepanjang jalan nak ke masjid. Tips sila beli siap2 before solat jumaat, sebab banyak makanan dah habis lepas solat..hehe
Kiteorang yang perempuan solat jamak zuhur asar je, rupa-rupanya kat sini memang orang perempuan pon datang solat jumaat. SubhanaAllah, penuh sampai keluar masjid tu. Ramai rupanya umat Islam di bumi Guangzhou ni.

Pasar sepanjang jalan ke masjid.
Jumpa roti fav DH la plak. Hehe..kakak dah confius nak beli berapa banyak tu.
Time pegi beli, time balik beli lagi sekali, 2 plak tu..haha
Nasi arab kut..tapi rasa dia ermm kurang la..huhu
Roti and kuih muih..
Fav mama DH, kuih arab bungkus bawa balik Malaysia.
Masjid Saad Abi Waqqas.

Cantik masjid ni.
Masa ni awal lagi, kiteorang tak tahu nak gi mana. Then, jumpa sorang imam
masjid ni, dia pelawa untuk bawak pusing area masjid ni and ke makan Abi Waqqas.
Dia takleh speaking pon, tapi banyak betol dia cerita. satu habuk pon DH tak faham,
even anak sedara yang speaks mandarin tu pon tak faham. Slang dia lain sikit dari
formal mandarin. Pe pon, terima kasih pak imam. :)
Pintu masuk ke makam. Sempat ziarah ke dalam bilik yang menempatkan
makan Abi Waqqas ni. Lama jugak kat situ, duduk bersama-sama dengan imam tadi.
Mengikut kefahaman DH membaca gerak-geri imam tu, kubur yang lain
tu adalah sahabat-sahabat lain yang bersama-sama dengan Abi waqqas
suatu ketika dulu datang menyebarkan Islam di negeri China.
Tempat solat wanita berdekatan dengan makam tadi.
Dah habis solat, mereka sedekahkan ni sorang satu.
Ok, DH sepatutnya ke Orchid Garden sebelah masjid ni. Tapi, takde rezeki, tutup plak untuk renovate. So, kiteorang decide terus je ke Yuexiu Park, which is just opposite the mosque. Tapi, korang takleh cross jalan tu, so kene masuk balik dalam subway station tu and keluar ikut Exit B1.

Nak masuk park ni free je. And awal2 cakap dalam tu tersangat la luas. Kalau korang nak cover satu tu memang kene make sure energy yang banyak. Nasib baik dah makan banyak tadi, so jom jalan..hehe

Dah sampai Yuexiu Park. :)
So, kite akan ikut tanda arah ni untuk ke checkpoint yang wajib kat park ni.
Ok, ikut sini..
Belok sini plak...
Oh. btw ada boat ni boleh sewa pusing2 kat tasik ni.
Well, ni bukan yang DH cari, tapi nampak cantik, so
amik je la gambo...haha
Ha..ada mini theme park kat dalam ni. Roller coaster pusing
through the forest, tapi pendek je la.
Rehat sat, kumpul energy dulu...
Sambil tu kite makan bekal yang dah beli tadi, rasa macam
tadi kenyang gler, asal rasa cam kebuloq dah skrg.huhu
Jalan and jalan but we end up dalam hutan. Apakah??
Nampak macam takde penghujung dah hutan ni..nak kene
teruskan jugak, nak pusing balik dah tak mampu..huhu
Alhamdulillah, finally jumpa juga jalan besar. Tak tau tang mana dah
kiteorang sesat..tak pasal jungle trekking plak hari ni..haha
Ingat kan dah sampai, frust DH. Jalan besar tapi takde
pape pon..huhu..salah jalankan?? Chen Bon Lin selamatkan aku..
Nasib baik sejuk, so seronok je jalan, tak la penat sangat.
And view pon awesome..heheh
DH excited nak explore tempat ni. :D
But it was only a small park, ada gym ni. So, kiteorang
lepak sambil bersenam la kat sini..haha
Ada macam funfare and arcade jugak kat area ni.
Perjalanan diteruskan and finally jumpa ni! Thats mean
dah dekat dah dengan tempat2 yang DH nak pegi.
Stadium ni salah satunya..hehe
Nampak tak bangunan yang tinggi tu, DH nak ke sana
sebenarnya, tapi kesian orang lain dah penat, sebab kalau tengok
macam jauh lagi, so cancel je. Amik mucung pon jadi la.. :(
Finally, jumpa pon the Five Rams. Time ni sume dah give up,
so DH paksa adik temankan naik atas nih..hehe
Balik naik benda alah ni..huhu..dah tak rasa lutut kat mana..hehe..
DH rasa at least half of the park kiteorang cover. Ke dah satu park tu??
Memang awesome sangat kat park ni, especially kalau korang jenis yang suka berjalan macam DH..hehe
Walaupon penat, plan hari ni tak habis lagi, sebab hari masih muda..ceh..haha.. Kiteorang decide nak ke Beijing Lu. Its shopping time!!
Direction : Subway Line 1 to Gongyuanqian Station, Exit C.

Beijing Lu..
Tengok apa tu dik? Mengumpat r tu..

DH beli knit sweater kat sini..murah sangat..dalam rm20 je.
tu je yang mampu beli..
Selebihnya sesi menunggu je la..huhu..DH memang tak suka
sangat jalan2 tempat shopping nih..terus lemah lutut..kih3
Dah tu balik hotel, makan tido..
Esok nak gi mana plak eh??


SALAM
#diniewanderlust

No comments:

Post a Comment